Assalamualaikum w.b.t

Beberapa hari kebelakangan ini 'Mawar Nafastari' sentiasa singgah dlm kotak fikiran ku
Saban hari aku memikirkan beliau..
ttg.. emosi Mawar disaat ini, ttg p'kembangan Embun & Kekwa..
Siapa Mawar ? Siapa Embun ? Siapa Kekwa & Siapa Nafastari??
Sejujurnya aku langsung x mengenali mereka secara peribadi
hanya mengenali mereka melalui blog² mereka..
Balu kpd 2 org puteri, Embun a.k.a Wan Nadaa & Kekwa a.k.a Wan Marwa.

Aku mula membaca kisah keluarga Nafastari melalui blog Nafastari, Mawar & Embun selepas seorang
kenalan di FB ku memperkenalkan blog Mawar secara x langsung.
Kenalan ku m'perkenalkn blog Mawar krn dia tersentuh dgn nasib hidup Mawar yg baru kehilangan suami tercinta akibat kemalangan jalan raya pada 1 Mac 2011 yg lalu.
Kepulangan mengejut yg dirancang utk m'beri kejutan kecil buat keluarga tercinta di Malaysia b'tukar menjadi kejutan besar yg menyayat hati yg tlh lebih awal ditentukan oleh-Nya.

Menitis airmata ini tiap kali m'baca blog mereka. 
Lebih² lg blog Mawar, betapa beliau sgt merasa kehilangan.
Meruntun jiwanya meniti hari² baru tanpa suami tercinta disisi.
Satu hakikat yang beliau perlu terima tanpa sebarang pertimbangan / pilihan.
Bahagia b'gelar isteri dan ibu hanya utk tempoh yang singkat dan perlu meneruskan hidup bersama harta peninggalan arwah yg tidak ternilai (Embun & Kekwa).
Kasihan si kecil Embun & Kekwa yg terpaksa m'besar tanpa kasih seorang ayah.
Kasihan si kecil Kekwa yg belum sempat mengenali Ayahnya.

Ohh! Tuhan.. Engkau Yg Maha Mengetahui akan segala yg telah Engkau kehendaki.
Lindungilah keluarga ini & berkatilah mereka. 
Kuatkan hati ummi Mawar dan kembalikanlah semangatnya utk m'besarkan & m'didik puteri²nya.
Amin.. Ya Rabbal Alamin ♥

blog Pn. Mawar Nafastari

blog Allahyarham Nafastari