Assalamualaikum w.b.t

Hari ni, aku guna blog aku sendiri sebagai platform utk aku memberi sedikit pandangan tentang aper yg b'laku baru² ni di negara ku Malaysia. 
Yg dulunya aman, yg dulunya sgt ku banggakan, yg dulunya waktu sekolah sering ku berdiri teguh setiap pg menyanyikan lagu Negaraku bersama kwn² & tenaga pengajar.

Tapi hari ini aku sgt t'sentuh & sedih dgn pergolakan & perbalahan yg berlaku sesama masyarakat.
Sesama Islam b'tegang urat melaungkan pelbagai slogan² parti yang kununnye menuntut keadilan.
Apa yg mereka inginkan keadilan atau kuasa?
Keadilan yg dituntut hanya alasan semata !
Dari dulu Nabi melarang umatnya m'gaduh sesama agama. Tapi hari ini?
Sesama Islam bertelagah. Mana letaknya maruah mereka ?
Kununnya pemimpin yg ada tidak adil, tidak telus, tidak lurus..
Jika benar.. Hanya dgn reformasi & rusuhan shj ke yg dpt dikecapi keadilan?
Sudahnya, nyawa melayang.. ditahan di lokap, yg sihat walafiat dikejarkn ke hospital.
Berbaloi ke semua ini?

Bila ada nyawa yg melayang, bila ada yg ditahan di lokap, bila ader yg dikejarkan ke hospital..
Polis disalahkan! Siapa suruh bereformasi? siapa suruh mengada² merusuh..?
Dah xde kerja lain? dh xde tanggungjawab lain? dah xde keluarga??
Amaran dah dikeluarkan. Jangan merusuh... Janga terlibat dh reformasi.. Jangan...!!
Tapi mereka degil. mereka yg pilih.
Polis dh war²kn.. akan aderkan sekatan jln raya. Ada gas pemedih mata jika b'degil.
Bila semua ini berlaku.. Perlu lagi salahkn polis?
Dulu msa kecik klu mak ckp.. "Balik rumah b4 maghrib atau akan dirotan!"
klu degil.. balik time syaitan b'keliaran & kena rotan salah siapa?
Protes balik kat emak ke?

Ader yg memprotes.. Perlukah polis menjerkah & menjerit² pd rakyat??
Hey, rakyat b'himpun b'puluh ribu org, polis yg nk mengawal keadaan hanya beberapa ratus org..
Boleh ke dikawal dgn tazkirah polis waktu itu? nk suruh polis nyanyi Negaraku ke baru rakyat nk b'diri tegak?
Kamu yg mencabar, jgn kamu pulak b'lagak x bersalah dgn m'persoalkan.
Kerana kamu cuti polis dibekukan, Keluarga polis mengorbankan 1 hari beriadah. Kerana kamu peniaga & urusan seharian masyarakat t'ganggu, Kerana kamu pengantin t'paksa menunda waktu b'sanding & nikah, kerana kamu ibu mengandung menahan kesakitan di dlm kesesakan jln raya, kerana kamu urusan penting t'gendala.
Tanpa kamu sedari kamu yg sebenarnya KEJAM!

Kamu ibarat lalang. Kamu ibarat lembu. Kamu ibarat boneka.
Di tiup, di cucuk hidung & di campak kesana sini.. kamu hanya turutttttttt..
kamu dpt apa? Keadilan??? 
Atau kamu dpt demam? dpt sakit tekak?? dpt eye irritation?? 

Sudah²lah.. hentikan semua yg sia²..
dunia dh tua, amal dh cukup ke?
hargai masa. Allah kn dh igtkan.. Lupa ker?

Kalau benar² kamu rsa kepimpinan negara sekarang tidak adil..
Gunakan cara yg bijak. Gunakan cara yg x menyusahkan masyarakat. Gunakan cara yg x memalukan agama sndri di mata agama lain. tu yg penting!

haihh~!!