Sweetalk2u

Kemanisan & keindahan yg ku lalui ku lakarkan pada lembaran ini...


Assalamualaikum w.b.t



17th April 2012, Selasa - 12.06 tgh @ Hospital Sg. Buloh.
Lahirnya zuriat kami yg pertama, Muhammad Zahran Bin Zulkifli, 2.88kg.
Awal 10 hari dr due date asal.

Aku admitted sejak hari Ahad, 7.30pm selepas blik dr Putrajaya meraikan surprise bufday party Yolz.
mulanya, aku just nk g klinik coz bby dh kerap mengeras & kurang gerak sejak ari sabtu.
bila smpi di klinik, diberitahu doc on duty is doc lelaki..
aku gtau somi, aku xnk doc lelaki cek bby.
so, en. somi sarankn aku trus ke hosp.
sbb rsakn kemungkinan yg aku dh nk b'salin.
Ihsan dr FB Album Ita

Smpi di hospital, Dr. Lai wat pemeriksaan & beberapa soal jwb.. 
aku di nasihatkn tuk di tahan di wad & di induce esok pgnyer..
Dr. Lai ingin m'percepatkan kelahiran bby ku coz aku dh mula licking sejak seminggu lps, kepala bby pula dh b'ada di bwh & dh buka 1cm.
Dr. khuatir akn m'yebabkn infection pd bby.

Esok pg nye jam 8pg, Dr. Lai dtg ke katil ku & induce pertama dilakukan.
ptgnyer pukul 2.30pm, rahim ku dh buka 3cm.
Dr. Lai arahkan nurse tuk tolak aku ke labour room mlm tu juga.
Mlm tu aku dh mula rsa contraction.
nurse gtau yg labour room penuh wat msa tu & akn tolak aku ke labour room sebaik ader kekosongan.
di sebabkn graf contraction ku yg m'gunung, nurse advice tuk amik ubt tahan sakit.
aku pn setuju, klu x mmg aku x dpt tido & rest mlm tu.

Lps di inject ubt tahan sakit aku terus mamai & t'tido,
sedar2 pgnyer aku msih di katil wad.
nurse suruh aku b'siap2 tu ke labour room.
pkul 8pg Dr. Lai wat rondaan & t'kejut aku msih di wad.
nurse terangkn yg labour room penuh mlm smlm.
Dr. Lai war pemeriksaan lg skali & rahim ku dh buka 5cm, air ketumban ku pecah waktu pemeriksaan tu & Dr. Lai gtau yg bby ku dh berak dlm perut.
hati ibu mnalh yg x gundah gulana..
aku mula risaukn keadaan bby
sbb byk dgr komplikasi & risiko apabila bby dh berak dlm perut.

b4 di tolak ke labour room nurse ambil tekanan darah ku mcm biasa.
dan tekanan darah ku amt tinggi waktu tu..
aku terus di tolak ke labour room & graf contraction skali lg m'gunung..
nurse advice tuk ambil ubt tahan sakit skali lg.
aku msuk labour room 9.30pg
pkul 11.30pg rahim ku dh buka 10cm
dlm keadaan mamai2 kesan dr ubt tahan sakit aku tgok nurse kelam kabut kesna sni b'sedia tuk sambut kelahiran bby..
Ketika itu juga suami ku masuk ke labour room menemani aku tuk beri semangat & sokongan melahirkan zuriat kami.
Alhamdulillah, tepat pkul 12.06pm, baby kami selamat lahir ke dunia ini.
Sebaik bby lahir nurse terus tjuk kpd ku bby kami & serahkan kpd suami ku utk di azankn.
Nurse ambil semula bby kami selepas di azankn utk dibersihkan.
Lps bby dibersihkan, nurse serahkn semula bby kpd kami & tinggalkan kami 3 beranak di dlm labour room.
Pihak hospital mmg memberikan msa 1jam tuk bby bersama parents didlm labour room.
Masa ni digunakan tuk parents melakukan tahnik, menyusukan & meluangkan msa dgn bby.

Alhamdulillah, Terima Kasih Allah atas kurnia Mu yg x terhingga ini.
Insya Allah, akan kami jaga & didik amanah Mu dgn sebaik-baiknya.



Assalamualaikum w.b.t

huh! keletihan yg amt arini..
bru je smpi umh stlh merayap dr s.alam hingga ke kl
semata2 nk cri sandle & hp tuk adik aku -epul & icam-
act dh cri kt jb aritu sehari lps wed adik ku yg ke-3, apit
tp yg si icam dh jmp sandle yg dia b'kenan tp xde lak size.. 
dr holiday plaza - jj tebrau city - jj permas jaya xde size..
so aku ckp nnt je aku cri kt jj kl

si epul lak nk hp bru,
sbb hp lma dia dh rosak gara2 b'wrestling dgn geng dorm dia kt poli
ganeh benor b'gurau smpi ranap hp..
si member baik ati bglh pjm hp..
tp hp yg di pjm tu pun dh x rupe hp
sedey je tgok adik aku guna hp tu..
hp kt jb jauh beza btl harga dgn kt kl..
sudahnye, aku yg sarat ni kne gak melibatkn incik somi m'cari kedua2 brg tu arini..
dgn t'kedek2 aku jln dr plaza s.alam - low yat - pertama complex
aku cuma dpt hp tuk epul..
sandle yg icam b'kenan tu xde plak aku jmp..
xperlh icam, klu dh xde yg sebijik tu akak beli yg seakan2 jelh eh..

pg td g Hospital UMRA, Shah Alam..
2nd check up my baby with gynae Dr. Norlela..
check up biasa je..
just doc ckp dh ckop bln.. & sruh stndby evrything
jumaat ni kndungan ku dh msuk 38 weeks..
tp bb mcm seronok lg b'guling2 dlm womb mama dia..

esok dh mula kje smula..
adushhh, hrp2 bby mama behave tmrow morning yer dear..
mama & papa x sbr nk pelok & ceom bby :-*

Assalamualaikum w.b.t

Lama btl x b'blogging huhuhuu.. sejak bb ku arwah.
dlu smbil b'bloging blh gak upload pic from bb..
lps bb dh arwah rsa x 'dan' plak nk b'bloging tnpa pic..


Perkembangan ku skg sdg menanti kehadiran cahaya mata pertama yg akn menyerikan lg keluarga kecil ku.
mkin aktif bby ku b'golek2 dlm womb aku ni..
sonok sgt agknye berada dlm alam rahim.

I'allah aku akn deliver di area selangor ni je..
tp akn m'habiskn tempoh berpantang di JB.

Nebes gak ati ni.... mau x nyer,
1st time bhaiiiiii....
bg mengurangkn skit nebes, somi ku t'syg sudi m'hadiahkn sesuatu yg sgt b'guna tuk aku gunakan sepjg b'pntang di JB nnt.
hadiah pengubat rindu dia pd bby kami & adiah pengubat nebes aku nk lalui detik2 cemas dlm waktu t'dekat ni..

relax meza.....
"Bolos sajer dinding ituuuuuuuuuu"
tawakal pd yg Esa.

tq papa :*

Assalamualaikum w.b.t


25th August 2011 (Khamis)
Rentetan beberapa perubahan & keadaan bdn yg kurang selesa sepanjang minggu ni aku mula mengesyaki sesuatu sdg b'laku dlm diri ku. Terus aku ke 7-E & b'temankn cousin ku utk m'beli UPT kit.

26th August 2011 (Jumaat)
Seperti biasa aku bangun seawal 4.30pg tuk menyediakan juadah sahur. Sebaik bangun dr tidur aku terus ke toilet dahulu utk m'lakukan UPT. Oh GOD! Alhamdulillah.. seperti yg ku jangkakan sebelum ni. result menunjukkan 2 jalur purple yg menandakan aku POSITIF!!! Terus aku kejutkan suami ku & menunjukkan result UPT aku td. T'pesat² dia bgun & terasa syahdu skjap saat tu. Terima kasih Allah..

Tak pernah² incik somi menemani aku menyediakan juadah sahur. Selalunye bila dh siap bru aku kejutkn dia tuk b'sahur. Tp pagi ni agak lain.. sedang aku ke dapur, incik somi juga m'ekori menemani aku.

28th August 2011 (Ahad)
Hari ni kami merancang utk ke KL b'sama kwn² yg lain utk b'shopping raya & b'buka puasa b'sama² di luar beramai². Ini mmg rutin tahunan kami setiap kali menjelang raya. sebelum b'tolak ke KL pg tu aku & incik somi b'cadang utk ke klinik m'buat pengesahan kehamilan ku. Kami meminta agus menunggu dirumah emaknya sehingga kami pulang dr klinik. disebabkan agus & nisa sudah b'siap mereka menawarkan diri utk menemani kami ke klinik & terus ke KL bg menjimatkan masa. Kami berlima (termasuk cousin ku shafira) terus ke klinik b'sama². Adeshh.. blh pecah tembelang nih...!! huhuhuu..
selepas b'jumpa doctor dan melakukan pemeriksaan, doktor mengesahkan aku hamil 5 minggu! Alhamdulillah.. Incik somi mcm x percaya & b'tanya lg pd doktor utk pengesahan. Doktor menjawab "Ni dh confirm ni mmg wife ko pregnant! dh terang sgt ni.." hahahaa.. lucunye suami ku..
Doktotr ni mmg agak brutal skit. tp hatinye baik. byk advice & tips yg dia beri sepanjang kami m'gunakan khidmatnya. Mungkin sbb dia juga merupakan lecturer di UKM dan t'biasa b'gaul dgn student sehinggakan cara dia b'komunikasi dgn pesakit²nya juga seperti remaja. Atau itu cara dia mewujudkan kemesraan & keakraban antara doktor & pesakit.
Alhamdulillah, setakat ni aku xde alahan cuma mula terasa letih bila byk aktiviti dilakukan.

31st August 2011 (Rabu)
Bersamaan Hari Raya ke-2, aku m'dapat demam & sinus yg teruk. sehingga aku x larat utk bangun. sepjg hari hanya baring & tidur. badan mula panas & lesu. Bukan aku seorg, malah beberapa saudara mara ku yg lain turut sama sakit. ader juga yg sakit perot. Kami m'andaikan disebabkan kerana sup tulang yg menjadi hidangan menu marhaban pd hari raya pertama yg disediakan org makcik ku. Mungkin kerana tulang & daging lembu baru m'buatkan sesetgh dari kami x tahan & demam. Sehinggakan Tok Wan ku juga t'paksa dikejarkan ke Hospital Batu Pahat kerana hampir² terkena stroke. Hebat juga penangan sup tulang Aidilfitri kali ni. Kesian makcik ku yg rsa b'salah kerana ramai yg sakit selepas menikmati sup tulang nya. Niatnya hanya ingin menyediakan juadah yg enak utk saudara mara. Tapi lain pula jadinya..

1st Sept 2011 (Khamis)
Aku pulang ke KL utk beraya di rumah mertua pula. Walau keadaan ku yg masih belom sihat & badan yg masih panas ku gagahkan juga pulang ke KL kerana cuti raya yg kian habis. Pergi klinik pun doktor hanya beri paracetamol. utk kurangkan sakit kepala. doktor x dpt beri ubat²an lain kerana keadaan ku yg sedang hamil. Di rumah mertua demam ku makin m'jadi². Sehingga suami ku memaksa aku mandi tgh² mlm utk kurangkn sikit suhu bdn ku. Keesokan harinya aku mampu bangun & melakukan sedikit aktiviti walau x seaktif selalu. B'mula di hari itu aku mula rasa bdn ku semakin lesu & lemah. tekak mula kerap merasa loya. aku mula alah pada bau²an perfume & tumis²an mertua ku di dapur. Aku kerap menangis di bilik air tiap kami ingin m'gosok gigi sbb tiap kali tu jugak aku akn rsa ingin t'jeluak & muntah. Dan yg paling m'gejutkan aku, incik somi juga merasa perubahan yg sma. Dia mula mabuk², loya & sakit² bdn. aduh.. parah ni bila dua² sakit :( Tp dia kuatkan juga untuk m'bantu aku m'buat kerja² rumah. B'mula dr hari itu aku mula hilang selera mkn. bayangkan klu dlm sehari aku cuma mkn sekeping roti canai! Aku x rasa lapar.. mcmana yg dikhuatiri oleh abg ku.. Mcmana aku nk lapar klu aku loya tiap kali tgok mkanan..

7th Sept 2011 (Rabu)
Hari ni aku MC kerana risaukan kandungan ku. aku mula rasa bdn ku semakin letih & lesu akibat hilang selera makan. Tambah pula aku dh mula bekerja sejak 5th Sept. Aku meminta izin dr suami ku utk rehat sjer di rumah & dia x perlu hantar ku ke pejabat. Suami pun menyokong utk aku berehat sjer dirumah. Dr semalam aku mula muntah². sehingga tiada aper yg keluar dr mulut ku melainkan lendir kerana aku tidak menjamah mkanan. Selepas pulang dr kerja malamnya, kami ke klinik utk meminta nasihat doktor. Huhuhuuu.. mcm peluru b'pandu doktor brutal tu meleteriku.
"Ko kne kuat! mmg ko x lalu nk mkn & loya, tu biasa.. dlu aku pn mcmtu jugak. Tp kt sini hah!! ko set & mental kne kuat.. U GET ME?? (smbil menuding² kepalanya). ko x blh mkn ayam ko mkn kentang, ko x blh mkn nasi, ko mkn mee hoon sup, klu ko just blh mkn roti je xper.. ko mkn je roti. ko x blh mkn jugak ko mkn sikit². 2 minit skali ko mkn. walau sikit tp ko mkn!! skg ni bby ko tgh build up suluruh organ² dia.. kidney, jari, tangan, kaki.. klu ko x mkn kesian kt baby ko,, U GET ME?? Skg ni ko kne pk, ko x mkn risiko pd baby ko. ko kne igt skg ni ko idup bkn utk diri ko seorang. ko kne pk utk baby shj! U GET ME??  Ubat aku jgn skip, tu sumer cukop utk baby tuk 1st trimester ni. ko g la klinik lain.. ader dia bg vit mcm aku bg kt ko..?? aku bg tuk baby ko tuk IQ & tumbesaran dia.. U GET ME?? Ko plak as husband ko kne bwk bini ko g mana² kedai.. klu ader mcm² jenis biskut / roti ko bwk je bini ko suruh pilih mna yg dia suker. janji dia nk mkn. ko x tau dia suker yg mana. baik ko bwk dia sndri suruh dia pilih. aslkn dia mkn! U GET ME??!"

huhuhuu.. incik somi pun kne gak tempias leretan. menanah telinga aku dgr doktor brutal ni berleter.. incik somi lak hanya t'mangu di sebelah m'iyakan kata² doktor tu. Aku dpt MC 2 hari sehingga esok utk berehat di rumah. Dlm perjalanan pulang dr klinik kami sinhhag di 7-E utk beli low fat milk & beberapa biji buah²an di gerai tepi jln. Disebabkan aku x de selera pd makanan & lauk so, buah²an jelh option lain yg aku ada.

8th Sept 2011 (Khamis)
Kesan dr leteran doktor brutal smlm aku mula b'semangat skit. aku cuba kuatkan minda aku utk paksa juga mkn. klu setakat mkn buah kesian pd baby ko x dpt sumber karbohidrat + protein. Aku gagahkn diri msk nasi + buat sayur kentang. Mcm yg doktor sarankn smlm, even aku x blh mkn ayam cuba b'alih pula pd kentang. time menumis rencah utk sayur kentang sgt azab! brape kali aku menahan loya. aku hanya menumis ala-kadar & tutup periok sehingga kentang empuk. Sebaik shj kentang empuk gas pun 'ploppp'. hahahaa.. nsib baik smpt empuk kentang ni. Mungkin Allah sygkn kami & m'perkenankn usaha & niat aku utk baby kesygan ku ni. 

9th Sept 2011 (Jumaat)
Aku mula kembali berkerja.. adushh, mlsnye rasa!! life must goes on. aper pun aku kne kuat!! I'allah, klu betul kata² dgr kwn² ku. hanya tgl 4 minggu je lg utk aku m'hadapi alahan ni. harap² tidak b'panjangan. x larat dah aku nk menangis tiap kali nk m'gosok gigi, tiap kali b'kumur sewaktu wuduk, tiap kali loya bau perfume suami ku, tiap kami loya bau tumis²an msakan mertua ku. Kesian suami ku kne buat kerja rumah sbb aku x larat, sbb aku x tahan bau softener. Kesian suami ku kerana sudah 2 minggu dapur kami x berasap krn aku x mampu nk m'hidangkan mkanan utknya seperti dulu. Maaf yer suami ku.. nanti ma dh sihat sikit ma masakan kn lg utk papa yer :*

Bersih 2.0

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni, aku guna blog aku sendiri sebagai platform utk aku memberi sedikit pandangan tentang aper yg b'laku baru² ni di negara ku Malaysia. 
Yg dulunya aman, yg dulunya sgt ku banggakan, yg dulunya waktu sekolah sering ku berdiri teguh setiap pg menyanyikan lagu Negaraku bersama kwn² & tenaga pengajar.

Tapi hari ini aku sgt t'sentuh & sedih dgn pergolakan & perbalahan yg berlaku sesama masyarakat.
Sesama Islam b'tegang urat melaungkan pelbagai slogan² parti yang kununnye menuntut keadilan.
Apa yg mereka inginkan keadilan atau kuasa?
Keadilan yg dituntut hanya alasan semata !
Dari dulu Nabi melarang umatnya m'gaduh sesama agama. Tapi hari ini?
Sesama Islam bertelagah. Mana letaknya maruah mereka ?
Kununnya pemimpin yg ada tidak adil, tidak telus, tidak lurus..
Jika benar.. Hanya dgn reformasi & rusuhan shj ke yg dpt dikecapi keadilan?
Sudahnya, nyawa melayang.. ditahan di lokap, yg sihat walafiat dikejarkn ke hospital.
Berbaloi ke semua ini?

Bila ada nyawa yg melayang, bila ada yg ditahan di lokap, bila ader yg dikejarkan ke hospital..
Polis disalahkan! Siapa suruh bereformasi? siapa suruh mengada² merusuh..?
Dah xde kerja lain? dh xde tanggungjawab lain? dah xde keluarga??
Amaran dah dikeluarkan. Jangan merusuh... Janga terlibat dh reformasi.. Jangan...!!
Tapi mereka degil. mereka yg pilih.
Polis dh war²kn.. akan aderkan sekatan jln raya. Ada gas pemedih mata jika b'degil.
Bila semua ini berlaku.. Perlu lagi salahkn polis?
Dulu msa kecik klu mak ckp.. "Balik rumah b4 maghrib atau akan dirotan!"
klu degil.. balik time syaitan b'keliaran & kena rotan salah siapa?
Protes balik kat emak ke?

Ader yg memprotes.. Perlukah polis menjerkah & menjerit² pd rakyat??
Hey, rakyat b'himpun b'puluh ribu org, polis yg nk mengawal keadaan hanya beberapa ratus org..
Boleh ke dikawal dgn tazkirah polis waktu itu? nk suruh polis nyanyi Negaraku ke baru rakyat nk b'diri tegak?
Kamu yg mencabar, jgn kamu pulak b'lagak x bersalah dgn m'persoalkan.
Kerana kamu cuti polis dibekukan, Keluarga polis mengorbankan 1 hari beriadah. Kerana kamu peniaga & urusan seharian masyarakat t'ganggu, Kerana kamu pengantin t'paksa menunda waktu b'sanding & nikah, kerana kamu ibu mengandung menahan kesakitan di dlm kesesakan jln raya, kerana kamu urusan penting t'gendala.
Tanpa kamu sedari kamu yg sebenarnya KEJAM!

Kamu ibarat lalang. Kamu ibarat lembu. Kamu ibarat boneka.
Di tiup, di cucuk hidung & di campak kesana sini.. kamu hanya turutttttttt..
kamu dpt apa? Keadilan??? 
Atau kamu dpt demam? dpt sakit tekak?? dpt eye irritation?? 

Sudah²lah.. hentikan semua yg sia²..
dunia dh tua, amal dh cukup ke?
hargai masa. Allah kn dh igtkan.. Lupa ker?

Kalau benar² kamu rsa kepimpinan negara sekarang tidak adil..
Gunakan cara yg bijak. Gunakan cara yg x menyusahkan masyarakat. Gunakan cara yg x memalukan agama sndri di mata agama lain. tu yg penting!

haihh~!!

Assalamualaikum w.b.t


Salam sejahtera, rahmat dan barakah Ilahi mengiringi jiwa yang telah diikhlaskan untuk jual-beli taqwa. Dengan ikat-janji setia bakal diganjari syurga dengan nikmat tidak bertepi…

Yakinlah janji Allah, benar dan pasti!
Akhirat itu benar…, Syurga itu benar… dan Neraka itu benar!

Mati itu pasti akan datang menjemput kita mengadap Yang Maha Adil lagi Maha Perkasa.

Dari itu, marilah kita renungi dengan teliti persiapan menghadapi mati. Agar sempurna bekalan menuju redha Ilahi.

Anak-anakku,
Ketahui, suatu perkara yang sering kita lupa untuk mengingatinya, mungkin juga cuba untuk tidak mengingatinya ialah kematian. Kita begitu gerun, khuatir malah berasa sedih untuk mengira-ngira anggaran berapa lama lagi kita akan mati…. Mengapa demikian? Adakah kita terlalu mencintai kehidupan dunia? Kita khuatir akan kehilangan segala kesenangan dunia?

Renungi firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 185;
“Tiap-tiap diri akan merasai mati.”
Ini bermakna, tiada seorang pun dapat melarikan diri dari kematian. Sering kita menerima perkhabaran tentang kematian seseorang…, kita menganggap seolah-olah kematian itu hanya untuk orang lain. Tidak ditujukan untuk kita?  Ini tidak lain kerana kita terleka dengan kesenangan dunia. Tapi bagaimanapun tanggapan kita…, mampukah kita mengelak dari kematian? Pada hakikatnya kita perlu sentiasa sedar, mati akan datang pada bila-bila masa, secara tiba-tiba. Dari itu marilah kita bersedia untuk menemui Allah dengan hati bersih dari sebarang dosa.

Mari sama-sama kita teliti keadaan ini;
1. Bayangkan tiba-tiba kita jatuh sakit yang kuat dan aneh. Kita tentu akan segera berjumpa doktor.
2. Melalui penelitian doktor, penyakit yang kita hidapi sudah tenat dan akan membawa maut. Bagaimana perasaan kita? Masa hayat yang tinggal hanya sedikit.
3. Sudah tentu setiap detik yang kita lalui sangat berharga. Pasti kita akan bersegera membuat segala kebaikan dan taat mengerjakan perintah Allah dengan ikhlas.
4. Juga kita akan mengorbankan apa saja yang kita miliki, berupa harta benda, masa, tenaga dan jiwa raga di jalan Allah tanpa ragu-ragu.
5. Dalam keadaan sakit yang menanti ajal begitu, kita tidak akan terlintas untuk melakukan sebarang maksiat. Malah tidak terdorong langsung untuk melakukan sebarang dosa.

Sebenarnya kita sendiri tidak tahu berapa lamakah sebenarnya sisa hidup kita yang masih tinggal. Dari itu kita mestilah sentiasa bersegera melakukan amal soleh. Tanpa tangguh-tangguh lagi. Jika masih bertangguh-tangguh, dikhuatiri kita kembali ke hadrat Allah dalam keadaan tidak sempat bertaubat. Jadikan diri kita termasuk golongan yang Allah sifatkan dalam firmanNya;
“Mereka itu bersegera untuk mendapat kebaikan-kebaikan dan merekalah orang yang segera memperolehnya”.(QS Al-Mukminun: 61)

Rasulullah SAW sendiri menyifatkan bahawa orang yang sebenarnya cerdik ialah orang yang mengingati mati. Lalu dia segera mempersiapkan diri untuk menghadapi saat itu. Dengan itu kita akam beroleh banyak manfaat dan menyediakan diri kita sebagai muslim yang suci dari segala noda dan dosa;
1. Menimbulkan rasa kecintaan dan redha terhadap segala ketentuan Allah.
2. Dapat membebaskan diri kita dari berhutang tanggungjawab yang telah Allah perintahkan.
3. Hati kita sentiasa merasa aman dan sejahtera. Serta dalam keadaan berbaik sangka dan ikhlas terhadap saudara muslim yang lain.
4. Kita mampu menepis godaan syaitan untuk melakukan maksiat kerana mengingati mati akan datang bila-bila masa dan secara tiba-tiba.
5. Meletakkan diri kita di jalan yang lurus lagi benar dan diredhai Allah.

Puteri² Islam Sejati..

Ingatlah suatu ketika dulu, sewaktu dilahirkan kita dalam keadaan menangis. Sedangkan orang-orang di sekeliling kita tertawa gembira menyambut kehadiran kita. Kini berusahalah pula agar kita dalam keadaan gembira dan Allah redha di saat kita mati. Sedangkan orang-orang di sekeliling kita menangis kerana kita meninggalkan mereka.

Jadikan saat kematian kita pada jalan Allah dalam keadaan kita suka menemui Allah dan Allah suka menemui kita. Dengannya kita beroleh satu kematian yang disifatkan sebagai kematian yang baik – husnul khatimah. Iaitu kematian yang terpuji bagi orang yang beriman menepati firman Allah;
“Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Rabbmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya. Masuklah ke dalam jamaah hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu.”(Al-Fajr:27-30)

Anak-anakku,
Alangkah bahagianya akhir kesudahan kita, andainya seruan Allah dalam ayat tersebut layak untuk kita…Untuk itu, bersegeralah kita hitung terlebih dahulu diri dan bermuhasabah terhadap amalan kita berpandukan sabda Rasulullah SAW;
“Setiap hamba pada hari kiamat tidak akan dapat mengorak langkah menuju ke mana jua   selagi dia belum selesai disoal siasat mengenai empat perkara:
1. Umurnya di manakah dihabiskan sewaktu di dunia dahulu?
2. Masa remajanya bagaimanakah dia menghadapi ujian waktu itu?
3. Hartanya bagaimana dia memperolehinya dan bagaimana dia membelanjakan?
4. Ilmunya apakah dia telah beramal dengan ilmu itu?
(HR Muaz bin Jabal r.a)


Puter-puteri Harapan!
Perhatikan cebisan riwayat berikut agar ianya tambah memperingatkan kita dalam masa seharian yang kita lalui…

Pada suatu hari Khalifah Sulaiman bin Malik(Bani Abasiyyah) telah pergi berjumpa dengan Abu Hazim untuk meminta nasihat. Walaupun di istananya sudah ada ulamak yang dibayar gaji, dia tetap juga berusaha memperolehi nasihat dari ulamak yang lain. Demikian antara yang ditanyakannya:
Khalifah: Mengapa kita sangat takutkan mati?
Abu Hazim: Kamu membangunkan dunia kamu. Tetapi dalam masa yang sama kamu merobohkan akhirat kamu.
Khalifah: Bagaimana keadaan mereka di akhirat nanti?
Abu Hazim: Bergantung kepada orangnya. Bagi yang kenal dengan Allah dan ikhlas, mereka itu seperti seorang anak tunggal kesayangan keluarga yang pulang ke pangkuan keluarga setelah lama berpisah. Tetapi bagi yang bermasalah, mereka itu seperti seorang hamba yang engkar dan lari dari tuannya, kemudian dapat ditangkap semula.”

Ayuh anak-anakku!
Bersegeralah membuat pembaharuan dalam menjalani kehidupanmu dan buatlah persiapan rapi untuk menghadapi matimu…. Kepada Allah jua tempat kembali.

Wassalam.
Ummu Anas.
Ibu yang sentiasa mendoakan ketaqwaan kalian.

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni dh 17hari aku bergelar isteri, lebih kurang 2 minggu ♥
Soalan yg kerap org tnyer pada ku ialah.. Amacam? Best x? OK ker??
huhuu. maybe korang yg pnh b'kahwin pun dpt soklan sma mcm aku kn..
Ader beberapa lg soklan cepumas yg x dpt aku nyatakn kt sni.. hahahaa
Alhamdulillah, kehidupan aku masih t'kawal & bahagia.
Sebab aku punya suami yg memahami & penyayang ♥

Kami masih dlm proses pembelajaran..
belajar dr segi kewangan keluarga, keseimbangan p'bahagian masa, tugas etc..
Semua kami cuba bentuk dgn tenang agar perubahan x berlaku terlalu drastik.
Tolak ansur & toleransi mmg sgt² penting dlm kehidupan berkeluarga.

Dan smlm buat pertama kalinya selepas bergelar isteri, aku melakukan aktiviti 'rewang' di majlis perkahwinan sepupu suami ku di Ampang.
Dulu org sibuk merewang msa majlis perkahwinan kami.
Skg, tiba msa kami b'campur gaul dgn saudara mara masing² tuk rewang di majlis perkahwinan saudara mara.
Mula² mmg kekok, aku x reti nk wat aper.
Sbb di sebelah suami, sanak saudara mmg ringan tulang buat itu ini jika ader sebarang majlis,
sampai aku x tau dah nk wat aper..
last² aku duduk je sebelah mak mertuaku :p
sambil mak & bapa mertuaku m'perkenalkan ku pd saudara mara lain.

Emosi ketara yg aku kesan lepas berumah tangga ni ialah 'SENSITIF'
aku mudah sangat mengalirkan air mata & mudah tersentuh.
kdg² mende sikit pun blh wat aku menangis t'sedu².
Especially lepas solat & waktu mlm time nk tidur.
xtaulh kemana fikiran aku melayang².
Tiba² air mata ku mengalir.
Jika ader sesuatu yg ku rsa x kena pula, aku akn duduk sowang² kt bilik & menangis t'sedu²..
hadoi.. pe plak blh sensitip sgt skg ni..
padahal aku dlu seorg yg sgt happy & susah nk nangis tanpa sebab.
huhuhuu... nnt aku kaji dr mna unsur ni dtg eh.. :p

Related Posts with Thumbnails

Calendar

About Me

My photo
Owner's Name : Helmeza Binti Jali
D.O.B : 28th July 1983 P.O.B : Jay Bee mali.. P.O.W: i-City, Sec.7 @ Shah Alam

Our Story

Daisypath Anniversary tickers

Our baby

Lilypie Pregnancy tickers

Endless Love ♥

Walau kita sgt berbeza. Aku bersyukur Allah menemukan kita ♥ Kekurangan & kelebihan yg saling melengkapi. Dia Maha Mengetahui & Maha Adil ♥ M'beriku pelindung yang hebat. 'Cubaan' yg dlu dimulakan dgn keraguan, kini ku nikmati dgn penuh keyakinan & kebahagian. Terima kasih kerana tulus & ikhlas menyayangi ku. Semoga bahagia milik kita hingga keakhir hayat. Amin ♥

AddThis

About this blog

Juz 2 share a beautiful moment in my life...
Read + Enjoy & dun create any prediction!
All living things on d earth eligible 2 their own rights..
Cheers..!

* dun 4get to visit my kiosk @ Mekjah Kiosk

Shout Box


ShoutMix chat widget

Recently Comments

Get Recent Comments Widget

My Buddy's Blog

Followers

My Wedding Checklist

Sebelum Majlis

  1. Konsep & atur bajet
  2. Medical check up (HIV)
  3. Kursus perkahwinan
  4. Cincin Risik / Tunang
  5. Baju Nikah My Dear
  6. List tetamu.
  7. Tempahan dewan.
  8. Tempahan tukang masak
  9. Tempahan Juru Gambar dan Juru Video.
  10. Team Kompang
  11. Team Kendarat
  12. Tempahan baju pengantin / Bridal
  13. Menempah tok kadi
  14. List rombongan
  15. 2 saksi
  16. Pengapit
  17. Wedding Assistant
  18. Tudung Kahwin
  19. Hiasan Bilik tidur
  20. Hiasan Hantaran
  21. Barang Hantaran
  22. PA System
  23. Spa / body massage / facial / mandi wap / aromaterapi
  24. Kad Kahwin
  25. Book Honeymoon
  26. Standby (Sterika, Jarum, Benang) - 4 emergency
  27. Wakil rombongan
  28. Wakil penyambut tetamu

Hari Pernikahan :

  1. I/C, gambar, dokumen
  2. Mas kahwin
  3. Upah tok kadi
  4. Barang Kemas (Nikah)
  5. Sirih junjung & Hantaran

Hari Perkahwinan :

  1. Tido awal
  2. Breakfast 7am
  3. Dun nervous / cool / keep smile

3 Hari Lepas Parkahwinan :

  1. Melawat sanak saudara
http://sweetalk2u.blogspot.com. Powered by Blogger.

Pages

Sweet Songs