Sweetalk2u

Kemanisan & keindahan yg ku lalui ku lakarkan pada lembaran ini...

Assalamualaikum w.b.t


25th August 2011 (Khamis)
Rentetan beberapa perubahan & keadaan bdn yg kurang selesa sepanjang minggu ni aku mula mengesyaki sesuatu sdg b'laku dlm diri ku. Terus aku ke 7-E & b'temankn cousin ku utk m'beli UPT kit.

26th August 2011 (Jumaat)
Seperti biasa aku bangun seawal 4.30pg tuk menyediakan juadah sahur. Sebaik bangun dr tidur aku terus ke toilet dahulu utk m'lakukan UPT. Oh GOD! Alhamdulillah.. seperti yg ku jangkakan sebelum ni. result menunjukkan 2 jalur purple yg menandakan aku POSITIF!!! Terus aku kejutkan suami ku & menunjukkan result UPT aku td. T'pesat² dia bgun & terasa syahdu skjap saat tu. Terima kasih Allah..

Tak pernah² incik somi menemani aku menyediakan juadah sahur. Selalunye bila dh siap bru aku kejutkn dia tuk b'sahur. Tp pagi ni agak lain.. sedang aku ke dapur, incik somi juga m'ekori menemani aku.

28th August 2011 (Ahad)
Hari ni kami merancang utk ke KL b'sama kwn² yg lain utk b'shopping raya & b'buka puasa b'sama² di luar beramai². Ini mmg rutin tahunan kami setiap kali menjelang raya. sebelum b'tolak ke KL pg tu aku & incik somi b'cadang utk ke klinik m'buat pengesahan kehamilan ku. Kami meminta agus menunggu dirumah emaknya sehingga kami pulang dr klinik. disebabkan agus & nisa sudah b'siap mereka menawarkan diri utk menemani kami ke klinik & terus ke KL bg menjimatkan masa. Kami berlima (termasuk cousin ku shafira) terus ke klinik b'sama². Adeshh.. blh pecah tembelang nih...!! huhuhuu..
selepas b'jumpa doctor dan melakukan pemeriksaan, doktor mengesahkan aku hamil 5 minggu! Alhamdulillah.. Incik somi mcm x percaya & b'tanya lg pd doktor utk pengesahan. Doktor menjawab "Ni dh confirm ni mmg wife ko pregnant! dh terang sgt ni.." hahahaa.. lucunye suami ku..
Doktotr ni mmg agak brutal skit. tp hatinye baik. byk advice & tips yg dia beri sepanjang kami m'gunakan khidmatnya. Mungkin sbb dia juga merupakan lecturer di UKM dan t'biasa b'gaul dgn student sehinggakan cara dia b'komunikasi dgn pesakit²nya juga seperti remaja. Atau itu cara dia mewujudkan kemesraan & keakraban antara doktor & pesakit.
Alhamdulillah, setakat ni aku xde alahan cuma mula terasa letih bila byk aktiviti dilakukan.

31st August 2011 (Rabu)
Bersamaan Hari Raya ke-2, aku m'dapat demam & sinus yg teruk. sehingga aku x larat utk bangun. sepjg hari hanya baring & tidur. badan mula panas & lesu. Bukan aku seorg, malah beberapa saudara mara ku yg lain turut sama sakit. ader juga yg sakit perot. Kami m'andaikan disebabkan kerana sup tulang yg menjadi hidangan menu marhaban pd hari raya pertama yg disediakan org makcik ku. Mungkin kerana tulang & daging lembu baru m'buatkan sesetgh dari kami x tahan & demam. Sehinggakan Tok Wan ku juga t'paksa dikejarkan ke Hospital Batu Pahat kerana hampir² terkena stroke. Hebat juga penangan sup tulang Aidilfitri kali ni. Kesian makcik ku yg rsa b'salah kerana ramai yg sakit selepas menikmati sup tulang nya. Niatnya hanya ingin menyediakan juadah yg enak utk saudara mara. Tapi lain pula jadinya..

1st Sept 2011 (Khamis)
Aku pulang ke KL utk beraya di rumah mertua pula. Walau keadaan ku yg masih belom sihat & badan yg masih panas ku gagahkan juga pulang ke KL kerana cuti raya yg kian habis. Pergi klinik pun doktor hanya beri paracetamol. utk kurangkan sakit kepala. doktor x dpt beri ubat²an lain kerana keadaan ku yg sedang hamil. Di rumah mertua demam ku makin m'jadi². Sehingga suami ku memaksa aku mandi tgh² mlm utk kurangkn sikit suhu bdn ku. Keesokan harinya aku mampu bangun & melakukan sedikit aktiviti walau x seaktif selalu. B'mula di hari itu aku mula rasa bdn ku semakin lesu & lemah. tekak mula kerap merasa loya. aku mula alah pada bau²an perfume & tumis²an mertua ku di dapur. Aku kerap menangis di bilik air tiap kami ingin m'gosok gigi sbb tiap kali tu jugak aku akn rsa ingin t'jeluak & muntah. Dan yg paling m'gejutkan aku, incik somi juga merasa perubahan yg sma. Dia mula mabuk², loya & sakit² bdn. aduh.. parah ni bila dua² sakit :( Tp dia kuatkan juga untuk m'bantu aku m'buat kerja² rumah. B'mula dr hari itu aku mula hilang selera mkn. bayangkan klu dlm sehari aku cuma mkn sekeping roti canai! Aku x rasa lapar.. mcmana yg dikhuatiri oleh abg ku.. Mcmana aku nk lapar klu aku loya tiap kali tgok mkanan..

7th Sept 2011 (Rabu)
Hari ni aku MC kerana risaukan kandungan ku. aku mula rasa bdn ku semakin letih & lesu akibat hilang selera makan. Tambah pula aku dh mula bekerja sejak 5th Sept. Aku meminta izin dr suami ku utk rehat sjer di rumah & dia x perlu hantar ku ke pejabat. Suami pun menyokong utk aku berehat sjer dirumah. Dr semalam aku mula muntah². sehingga tiada aper yg keluar dr mulut ku melainkan lendir kerana aku tidak menjamah mkanan. Selepas pulang dr kerja malamnya, kami ke klinik utk meminta nasihat doktor. Huhuhuuu.. mcm peluru b'pandu doktor brutal tu meleteriku.
"Ko kne kuat! mmg ko x lalu nk mkn & loya, tu biasa.. dlu aku pn mcmtu jugak. Tp kt sini hah!! ko set & mental kne kuat.. U GET ME?? (smbil menuding² kepalanya). ko x blh mkn ayam ko mkn kentang, ko x blh mkn nasi, ko mkn mee hoon sup, klu ko just blh mkn roti je xper.. ko mkn je roti. ko x blh mkn jugak ko mkn sikit². 2 minit skali ko mkn. walau sikit tp ko mkn!! skg ni bby ko tgh build up suluruh organ² dia.. kidney, jari, tangan, kaki.. klu ko x mkn kesian kt baby ko,, U GET ME?? Skg ni ko kne pk, ko x mkn risiko pd baby ko. ko kne igt skg ni ko idup bkn utk diri ko seorang. ko kne pk utk baby shj! U GET ME??  Ubat aku jgn skip, tu sumer cukop utk baby tuk 1st trimester ni. ko g la klinik lain.. ader dia bg vit mcm aku bg kt ko..?? aku bg tuk baby ko tuk IQ & tumbesaran dia.. U GET ME?? Ko plak as husband ko kne bwk bini ko g mana² kedai.. klu ader mcm² jenis biskut / roti ko bwk je bini ko suruh pilih mna yg dia suker. janji dia nk mkn. ko x tau dia suker yg mana. baik ko bwk dia sndri suruh dia pilih. aslkn dia mkn! U GET ME??!"

huhuhuu.. incik somi pun kne gak tempias leretan. menanah telinga aku dgr doktor brutal ni berleter.. incik somi lak hanya t'mangu di sebelah m'iyakan kata² doktor tu. Aku dpt MC 2 hari sehingga esok utk berehat di rumah. Dlm perjalanan pulang dr klinik kami sinhhag di 7-E utk beli low fat milk & beberapa biji buah²an di gerai tepi jln. Disebabkan aku x de selera pd makanan & lauk so, buah²an jelh option lain yg aku ada.

8th Sept 2011 (Khamis)
Kesan dr leteran doktor brutal smlm aku mula b'semangat skit. aku cuba kuatkan minda aku utk paksa juga mkn. klu setakat mkn buah kesian pd baby ko x dpt sumber karbohidrat + protein. Aku gagahkn diri msk nasi + buat sayur kentang. Mcm yg doktor sarankn smlm, even aku x blh mkn ayam cuba b'alih pula pd kentang. time menumis rencah utk sayur kentang sgt azab! brape kali aku menahan loya. aku hanya menumis ala-kadar & tutup periok sehingga kentang empuk. Sebaik shj kentang empuk gas pun 'ploppp'. hahahaa.. nsib baik smpt empuk kentang ni. Mungkin Allah sygkn kami & m'perkenankn usaha & niat aku utk baby kesygan ku ni. 

9th Sept 2011 (Jumaat)
Aku mula kembali berkerja.. adushh, mlsnye rasa!! life must goes on. aper pun aku kne kuat!! I'allah, klu betul kata² dgr kwn² ku. hanya tgl 4 minggu je lg utk aku m'hadapi alahan ni. harap² tidak b'panjangan. x larat dah aku nk menangis tiap kali nk m'gosok gigi, tiap kali b'kumur sewaktu wuduk, tiap kali loya bau perfume suami ku, tiap kami loya bau tumis²an msakan mertua ku. Kesian suami ku kne buat kerja rumah sbb aku x larat, sbb aku x tahan bau softener. Kesian suami ku kerana sudah 2 minggu dapur kami x berasap krn aku x mampu nk m'hidangkan mkanan utknya seperti dulu. Maaf yer suami ku.. nanti ma dh sihat sikit ma masakan kn lg utk papa yer :*

Bersih 2.0

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni, aku guna blog aku sendiri sebagai platform utk aku memberi sedikit pandangan tentang aper yg b'laku baru² ni di negara ku Malaysia. 
Yg dulunya aman, yg dulunya sgt ku banggakan, yg dulunya waktu sekolah sering ku berdiri teguh setiap pg menyanyikan lagu Negaraku bersama kwn² & tenaga pengajar.

Tapi hari ini aku sgt t'sentuh & sedih dgn pergolakan & perbalahan yg berlaku sesama masyarakat.
Sesama Islam b'tegang urat melaungkan pelbagai slogan² parti yang kununnye menuntut keadilan.
Apa yg mereka inginkan keadilan atau kuasa?
Keadilan yg dituntut hanya alasan semata !
Dari dulu Nabi melarang umatnya m'gaduh sesama agama. Tapi hari ini?
Sesama Islam bertelagah. Mana letaknya maruah mereka ?
Kununnya pemimpin yg ada tidak adil, tidak telus, tidak lurus..
Jika benar.. Hanya dgn reformasi & rusuhan shj ke yg dpt dikecapi keadilan?
Sudahnya, nyawa melayang.. ditahan di lokap, yg sihat walafiat dikejarkn ke hospital.
Berbaloi ke semua ini?

Bila ada nyawa yg melayang, bila ada yg ditahan di lokap, bila ader yg dikejarkan ke hospital..
Polis disalahkan! Siapa suruh bereformasi? siapa suruh mengada² merusuh..?
Dah xde kerja lain? dh xde tanggungjawab lain? dah xde keluarga??
Amaran dah dikeluarkan. Jangan merusuh... Janga terlibat dh reformasi.. Jangan...!!
Tapi mereka degil. mereka yg pilih.
Polis dh war²kn.. akan aderkan sekatan jln raya. Ada gas pemedih mata jika b'degil.
Bila semua ini berlaku.. Perlu lagi salahkn polis?
Dulu msa kecik klu mak ckp.. "Balik rumah b4 maghrib atau akan dirotan!"
klu degil.. balik time syaitan b'keliaran & kena rotan salah siapa?
Protes balik kat emak ke?

Ader yg memprotes.. Perlukah polis menjerkah & menjerit² pd rakyat??
Hey, rakyat b'himpun b'puluh ribu org, polis yg nk mengawal keadaan hanya beberapa ratus org..
Boleh ke dikawal dgn tazkirah polis waktu itu? nk suruh polis nyanyi Negaraku ke baru rakyat nk b'diri tegak?
Kamu yg mencabar, jgn kamu pulak b'lagak x bersalah dgn m'persoalkan.
Kerana kamu cuti polis dibekukan, Keluarga polis mengorbankan 1 hari beriadah. Kerana kamu peniaga & urusan seharian masyarakat t'ganggu, Kerana kamu pengantin t'paksa menunda waktu b'sanding & nikah, kerana kamu ibu mengandung menahan kesakitan di dlm kesesakan jln raya, kerana kamu urusan penting t'gendala.
Tanpa kamu sedari kamu yg sebenarnya KEJAM!

Kamu ibarat lalang. Kamu ibarat lembu. Kamu ibarat boneka.
Di tiup, di cucuk hidung & di campak kesana sini.. kamu hanya turutttttttt..
kamu dpt apa? Keadilan??? 
Atau kamu dpt demam? dpt sakit tekak?? dpt eye irritation?? 

Sudah²lah.. hentikan semua yg sia²..
dunia dh tua, amal dh cukup ke?
hargai masa. Allah kn dh igtkan.. Lupa ker?

Kalau benar² kamu rsa kepimpinan negara sekarang tidak adil..
Gunakan cara yg bijak. Gunakan cara yg x menyusahkan masyarakat. Gunakan cara yg x memalukan agama sndri di mata agama lain. tu yg penting!

haihh~!!

Assalamualaikum w.b.t


Salam sejahtera, rahmat dan barakah Ilahi mengiringi jiwa yang telah diikhlaskan untuk jual-beli taqwa. Dengan ikat-janji setia bakal diganjari syurga dengan nikmat tidak bertepi…

Yakinlah janji Allah, benar dan pasti!
Akhirat itu benar…, Syurga itu benar… dan Neraka itu benar!

Mati itu pasti akan datang menjemput kita mengadap Yang Maha Adil lagi Maha Perkasa.

Dari itu, marilah kita renungi dengan teliti persiapan menghadapi mati. Agar sempurna bekalan menuju redha Ilahi.

Anak-anakku,
Ketahui, suatu perkara yang sering kita lupa untuk mengingatinya, mungkin juga cuba untuk tidak mengingatinya ialah kematian. Kita begitu gerun, khuatir malah berasa sedih untuk mengira-ngira anggaran berapa lama lagi kita akan mati…. Mengapa demikian? Adakah kita terlalu mencintai kehidupan dunia? Kita khuatir akan kehilangan segala kesenangan dunia?

Renungi firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 185;
“Tiap-tiap diri akan merasai mati.”
Ini bermakna, tiada seorang pun dapat melarikan diri dari kematian. Sering kita menerima perkhabaran tentang kematian seseorang…, kita menganggap seolah-olah kematian itu hanya untuk orang lain. Tidak ditujukan untuk kita?  Ini tidak lain kerana kita terleka dengan kesenangan dunia. Tapi bagaimanapun tanggapan kita…, mampukah kita mengelak dari kematian? Pada hakikatnya kita perlu sentiasa sedar, mati akan datang pada bila-bila masa, secara tiba-tiba. Dari itu marilah kita bersedia untuk menemui Allah dengan hati bersih dari sebarang dosa.

Mari sama-sama kita teliti keadaan ini;
1. Bayangkan tiba-tiba kita jatuh sakit yang kuat dan aneh. Kita tentu akan segera berjumpa doktor.
2. Melalui penelitian doktor, penyakit yang kita hidapi sudah tenat dan akan membawa maut. Bagaimana perasaan kita? Masa hayat yang tinggal hanya sedikit.
3. Sudah tentu setiap detik yang kita lalui sangat berharga. Pasti kita akan bersegera membuat segala kebaikan dan taat mengerjakan perintah Allah dengan ikhlas.
4. Juga kita akan mengorbankan apa saja yang kita miliki, berupa harta benda, masa, tenaga dan jiwa raga di jalan Allah tanpa ragu-ragu.
5. Dalam keadaan sakit yang menanti ajal begitu, kita tidak akan terlintas untuk melakukan sebarang maksiat. Malah tidak terdorong langsung untuk melakukan sebarang dosa.

Sebenarnya kita sendiri tidak tahu berapa lamakah sebenarnya sisa hidup kita yang masih tinggal. Dari itu kita mestilah sentiasa bersegera melakukan amal soleh. Tanpa tangguh-tangguh lagi. Jika masih bertangguh-tangguh, dikhuatiri kita kembali ke hadrat Allah dalam keadaan tidak sempat bertaubat. Jadikan diri kita termasuk golongan yang Allah sifatkan dalam firmanNya;
“Mereka itu bersegera untuk mendapat kebaikan-kebaikan dan merekalah orang yang segera memperolehnya”.(QS Al-Mukminun: 61)

Rasulullah SAW sendiri menyifatkan bahawa orang yang sebenarnya cerdik ialah orang yang mengingati mati. Lalu dia segera mempersiapkan diri untuk menghadapi saat itu. Dengan itu kita akam beroleh banyak manfaat dan menyediakan diri kita sebagai muslim yang suci dari segala noda dan dosa;
1. Menimbulkan rasa kecintaan dan redha terhadap segala ketentuan Allah.
2. Dapat membebaskan diri kita dari berhutang tanggungjawab yang telah Allah perintahkan.
3. Hati kita sentiasa merasa aman dan sejahtera. Serta dalam keadaan berbaik sangka dan ikhlas terhadap saudara muslim yang lain.
4. Kita mampu menepis godaan syaitan untuk melakukan maksiat kerana mengingati mati akan datang bila-bila masa dan secara tiba-tiba.
5. Meletakkan diri kita di jalan yang lurus lagi benar dan diredhai Allah.

Puteri² Islam Sejati..

Ingatlah suatu ketika dulu, sewaktu dilahirkan kita dalam keadaan menangis. Sedangkan orang-orang di sekeliling kita tertawa gembira menyambut kehadiran kita. Kini berusahalah pula agar kita dalam keadaan gembira dan Allah redha di saat kita mati. Sedangkan orang-orang di sekeliling kita menangis kerana kita meninggalkan mereka.

Jadikan saat kematian kita pada jalan Allah dalam keadaan kita suka menemui Allah dan Allah suka menemui kita. Dengannya kita beroleh satu kematian yang disifatkan sebagai kematian yang baik – husnul khatimah. Iaitu kematian yang terpuji bagi orang yang beriman menepati firman Allah;
“Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Rabbmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya. Masuklah ke dalam jamaah hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu.”(Al-Fajr:27-30)

Anak-anakku,
Alangkah bahagianya akhir kesudahan kita, andainya seruan Allah dalam ayat tersebut layak untuk kita…Untuk itu, bersegeralah kita hitung terlebih dahulu diri dan bermuhasabah terhadap amalan kita berpandukan sabda Rasulullah SAW;
“Setiap hamba pada hari kiamat tidak akan dapat mengorak langkah menuju ke mana jua   selagi dia belum selesai disoal siasat mengenai empat perkara:
1. Umurnya di manakah dihabiskan sewaktu di dunia dahulu?
2. Masa remajanya bagaimanakah dia menghadapi ujian waktu itu?
3. Hartanya bagaimana dia memperolehinya dan bagaimana dia membelanjakan?
4. Ilmunya apakah dia telah beramal dengan ilmu itu?
(HR Muaz bin Jabal r.a)


Puter-puteri Harapan!
Perhatikan cebisan riwayat berikut agar ianya tambah memperingatkan kita dalam masa seharian yang kita lalui…

Pada suatu hari Khalifah Sulaiman bin Malik(Bani Abasiyyah) telah pergi berjumpa dengan Abu Hazim untuk meminta nasihat. Walaupun di istananya sudah ada ulamak yang dibayar gaji, dia tetap juga berusaha memperolehi nasihat dari ulamak yang lain. Demikian antara yang ditanyakannya:
Khalifah: Mengapa kita sangat takutkan mati?
Abu Hazim: Kamu membangunkan dunia kamu. Tetapi dalam masa yang sama kamu merobohkan akhirat kamu.
Khalifah: Bagaimana keadaan mereka di akhirat nanti?
Abu Hazim: Bergantung kepada orangnya. Bagi yang kenal dengan Allah dan ikhlas, mereka itu seperti seorang anak tunggal kesayangan keluarga yang pulang ke pangkuan keluarga setelah lama berpisah. Tetapi bagi yang bermasalah, mereka itu seperti seorang hamba yang engkar dan lari dari tuannya, kemudian dapat ditangkap semula.”

Ayuh anak-anakku!
Bersegeralah membuat pembaharuan dalam menjalani kehidupanmu dan buatlah persiapan rapi untuk menghadapi matimu…. Kepada Allah jua tempat kembali.

Wassalam.
Ummu Anas.
Ibu yang sentiasa mendoakan ketaqwaan kalian.

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni dh 17hari aku bergelar isteri, lebih kurang 2 minggu ♥
Soalan yg kerap org tnyer pada ku ialah.. Amacam? Best x? OK ker??
huhuu. maybe korang yg pnh b'kahwin pun dpt soklan sma mcm aku kn..
Ader beberapa lg soklan cepumas yg x dpt aku nyatakn kt sni.. hahahaa
Alhamdulillah, kehidupan aku masih t'kawal & bahagia.
Sebab aku punya suami yg memahami & penyayang ♥

Kami masih dlm proses pembelajaran..
belajar dr segi kewangan keluarga, keseimbangan p'bahagian masa, tugas etc..
Semua kami cuba bentuk dgn tenang agar perubahan x berlaku terlalu drastik.
Tolak ansur & toleransi mmg sgt² penting dlm kehidupan berkeluarga.

Dan smlm buat pertama kalinya selepas bergelar isteri, aku melakukan aktiviti 'rewang' di majlis perkahwinan sepupu suami ku di Ampang.
Dulu org sibuk merewang msa majlis perkahwinan kami.
Skg, tiba msa kami b'campur gaul dgn saudara mara masing² tuk rewang di majlis perkahwinan saudara mara.
Mula² mmg kekok, aku x reti nk wat aper.
Sbb di sebelah suami, sanak saudara mmg ringan tulang buat itu ini jika ader sebarang majlis,
sampai aku x tau dah nk wat aper..
last² aku duduk je sebelah mak mertuaku :p
sambil mak & bapa mertuaku m'perkenalkan ku pd saudara mara lain.

Emosi ketara yg aku kesan lepas berumah tangga ni ialah 'SENSITIF'
aku mudah sangat mengalirkan air mata & mudah tersentuh.
kdg² mende sikit pun blh wat aku menangis t'sedu².
Especially lepas solat & waktu mlm time nk tidur.
xtaulh kemana fikiran aku melayang².
Tiba² air mata ku mengalir.
Jika ader sesuatu yg ku rsa x kena pula, aku akn duduk sowang² kt bilik & menangis t'sedu²..
hadoi.. pe plak blh sensitip sgt skg ni..
padahal aku dlu seorg yg sgt happy & susah nk nangis tanpa sebab.
huhuhuu... nnt aku kaji dr mna unsur ni dtg eh.. :p

Assalamualaikum w.b.t

Ari Selasa lepas aku & suami dh strt memulakan life bru kitorng kt umh kami.
1 hal yg m'jd keutamaan ialah proses mengemas.
So, kami melancarkan 'Ops Kemas!'
Disebabkan suami ku yg masih b'cuti pd hari t'sebut, beliau memulakan dlu Ops Kemas! selepas m'hantarku ke opis.. 
(dlm ati mcm x cyer pun ader.. boleh harap sgt ke incik suami mengemas umh ni..?? :-ss)

During lunch break aku call incik suami b'tnyerkn keadaannya dirumah.
Tp dia jwb.. tgh main poker kt FB :|
mmg x leh m'harap sgtlhkn klu org lelaki mengemas :p

Ptg tu incik suami m'jemput ku pulang.. (sonoknyerrr klu ari² mcmni kn :p)
smpi je dirumah aku t'senyum lebar..
rumahku ader perubahan! bersih & licin!
suami ku menyapu & mop lantai selicin²nyer..
even baldi yg msih b'isi air kotor lebihan mop & batang mop msih disisi dinding &
brg² hanya disusun ditepi.. tp aku masih m'hargai jasa baik incik suami yg sangop meringankn tulang menyapu & mop 1 rumah ♥
Lebiu sayangggg..... :*

Esoknya aku plak amik MC tuk smbung mengemas rumah & giliran incik suami bekerja.
Aku rsa x sabar nk mengemas rumah kami utk kami lebih selesa berada dirumah.
Nak harapkan ujung mgu ni mmg x dapat lh..
Kerana hujung mgu ni kami akn menghabiskn msa di Ampang berikutan Majlis Perkahwinan sepupu suami disna.

Even letih & penat Majlis Perkahwinan kami masih blom hilang.
Alhamdulillah, seharian dirumah aku b'jaya juga mengemas!
Sebelah mlm pula incik suami mengajak ku pergi kerumah mertua di Selayang.
Kesempatan ini kami ambil tuk mengangkat semua hadiah² perkahwinan dirumah mertua.
Dan mlm itu disusuli dgn proses mengemas hadiah² perkahwinan pula .
Dekat pukul 2pg baru kami dapat beradu :-<


Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah, majlis dikedua² belah pihak sudah selamat selesainya.
Even letih & penat x hilang lg tp langkah perlu diteruskan
Kini, episod kehidupan baru buat ku & suami b'mula.
I'allah akan kami lalui dgn sabar & tabah.

Dikesempatan ini, ini ingin kami memohon ampun & maaf bagi pihak kami & keluarga jika ader sebarang Kesulitan, kesukaran atau kesilapan yg menyinggung atau menyulitkan anda semua.
Semoga Allah merahmati kehidupan kita semua. Amin ♥

Hari ni kami dh balik ke rumah kami di Sg. Buloh.
Memulakan episod baru berumah tangga
Dan pg td incik suami skali lg m'hantar ku ke opis kerana beliau masih lagi b'cuti.
Tugas utama beliau hari ni, mengemas rumah di Sg Buloh..
Hehehee.. sian incik suami kne mengemas pula krn si isteri dh mula bekerja.

Disini aku sertakan album Majlis Persandingan kami di JB dari camera Pak Din (Photographer 1) kami.
Dari camera Helmy (Photographer 2) kami dijangka siap dlm 2 bln sbb ader storybook.
so, wat masa ni tgok yg Pak Din punyer dlu yer..
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, pada 10 June 2011 lalu merupakan hari b'sejarah dlm hidup ku.
Dengan sekali lafaz aku telah sah b'gelar isteri kpd suami ku Encik Zulkifli Bin Suwandi ♥
Ketenangan & kedamaian yg dtg sgt kurasai selepas b'gelar isteri.
Perkahwinan di Johor Bahru melaksanakan program Keluarga Sakinah.
So, ramai antaranyer yg dr negeri lain agak hairan bila tgok prog tu dilaksanakan di JB ketika majlis akad nikah.

Program ni hanya tuk m'beri sedikit nasihat & kesedaran kpd pasangan baru berkahwin.
Dan penghargaan buat kedua ibu bapa sbg penyerahan hak & tanggung jawab kepada si Suami.
Tapak tgn suami diletakkn di ats unbun² isteri sambil si suami menasihati & m'ingatkan si isteri akan tanggungjawab dan amanah baru yg perlu dipikul oleh isteri.
Si isteri pula akan m'baca text m'akui akan taat setia pd suami & menjaga hak & amanah suami selagi tidak b'canggah dgn lunas² islam.
Si ibu juga akan menasihati anak perempuan untuk menyedari akan kehidupan baru yg bakal ditempuh dan menyerahkan pada si menantu untuk terus m'bimbing & menjaga anak perempuannya.
Anak perempuan pula m'ucapkan terima kasih pd kedua ibu bapa yg tlh m'didik, menjaga & mengasuhnya selama ini.
Sepanjang program ini b'langsung, suasana hiba & sedih xdapat di elakkan.
ari mata mmt x dpt di bendung. Tp hidup tetap akan diteruskan dgn satu langkah baru ke sebuah gerbang perkahwinan.

Pink mmg kaler favorite aku! So, tuk majlis di JB aku m'gunakan tema pink tuk merealisasikan majlis perkahwinan ku.
dh mcm kumpulan JAMBU lak bila ramai² b'himpun dlm dewan aritu.. :D
Selesai majlis bersanding kami terus ke Puteri Harbor tuk sessi outdoor dgn jurugambar perkahwinan kami.
Mmg sgt² letih time ni sampikan kami xdpt nk senyum.. asyik menguap sepanjang sessi outdoor.
kesian incik Helmy (jurugambar) t'paksa b'kerje keras tuk dptkn hasil yg baik.
TQ gak pd our BFF Puan Babybee, Encik Noorman, Encik Kerol & pasangan yg b'tindak sbg Emcee & penyeri majlis kami.
Dari majlis akad nikah hingga ke sessi outdoor derang sentiasa ader menemani kami.
Sayang kamo sgt²!!!

Selesai Majlis p'sandingan pada hari Sabtu kawasan perumahan ku dilanda hujan ribut yg x semena² pada keesokan harinya.
Beberapa bumbung rumah t'cabut, kedai² ditimpa pokok, laluan utama keluar dr kawasan perumahan dihalang dgn pokok² yg tumbang, kereta dihempap pokok.. Nauzubillah
Rentetan kejadian itu, byk pokok² ditebang oleh pemilik² rumah yg m'punyai pokok² besar. Bimbang rumamh mereka pula akn dihempap.
Sedikit kelegaan & kesyukuran kerana kejadian tersebut tidak b'laku ketika Majlis Persandingan ku.

Belum sempat m'hilangkan letih, hari selasa pula kami kene msuk studio & lg 1 sessi outdoor b'sama jurugambar ke-2.
Setangah hari kami peruntukkan tuk 2 persalinan, hingga suami ku t'tido ketika Mak Yam (mak andam) sibuk m'dandan ku.
Dan keesokan harinya (Rabu), kami b'siap tuk pulang ke KL selepas Zuhur.
Tapi sebelom snpi ke KL kami perlu melawat sedara mara di kg (yong peng) tuk menitipkan sedikit buah tgn sbg tanda terima kasih krn b'tungkus lumus pd hari majlis ku.
Sambil menjemput mereka tuk turut menyertai majlis b'tandang di sebelah pihak suami pada hari Ahad.

Dekat pukul 1pg baru kami sampi dirumah mertua ku.
Letih, penat & lesu x dpt digambarkan..
Tp alhamdulillah, semuanye b'jalan lancar & kami selamat sampai.
Hanya menunggu majlis sambut menantu di sebelah lelaki je lepas ni.

Jemput hadir yer ♥

tQ pd fmly abg agus & zack yg hadir dr KL dr sessi akad nikah hingga majlis selesai ♥

tQ tu fmly meng & wawad ♥


+ Go to PICASA +


Related Posts with Thumbnails

Calendar

About Me

My photo
Owner's Name : Helmeza Binti Jali
D.O.B : 28th July 1983 P.O.B : Jay Bee mali.. P.O.W: i-City, Sec.7 @ Shah Alam

Our Story

Daisypath Anniversary tickers

Our baby

Lilypie Pregnancy tickers

Endless Love ♥

Walau kita sgt berbeza. Aku bersyukur Allah menemukan kita ♥ Kekurangan & kelebihan yg saling melengkapi. Dia Maha Mengetahui & Maha Adil ♥ M'beriku pelindung yang hebat. 'Cubaan' yg dlu dimulakan dgn keraguan, kini ku nikmati dgn penuh keyakinan & kebahagian. Terima kasih kerana tulus & ikhlas menyayangi ku. Semoga bahagia milik kita hingga keakhir hayat. Amin ♥

AddThis

About this blog

Juz 2 share a beautiful moment in my life...
Read + Enjoy & dun create any prediction!
All living things on d earth eligible 2 their own rights..
Cheers..!

* dun 4get to visit my kiosk @ Mekjah Kiosk

Shout Box


ShoutMix chat widget

Recently Comments

Get Recent Comments Widget

My Buddy's Blog

Followers

My Wedding Checklist

Sebelum Majlis

  1. Konsep & atur bajet
  2. Medical check up (HIV)
  3. Kursus perkahwinan
  4. Cincin Risik / Tunang
  5. Baju Nikah My Dear
  6. List tetamu.
  7. Tempahan dewan.
  8. Tempahan tukang masak
  9. Tempahan Juru Gambar dan Juru Video.
  10. Team Kompang
  11. Team Kendarat
  12. Tempahan baju pengantin / Bridal
  13. Menempah tok kadi
  14. List rombongan
  15. 2 saksi
  16. Pengapit
  17. Wedding Assistant
  18. Tudung Kahwin
  19. Hiasan Bilik tidur
  20. Hiasan Hantaran
  21. Barang Hantaran
  22. PA System
  23. Spa / body massage / facial / mandi wap / aromaterapi
  24. Kad Kahwin
  25. Book Honeymoon
  26. Standby (Sterika, Jarum, Benang) - 4 emergency
  27. Wakil rombongan
  28. Wakil penyambut tetamu

Hari Pernikahan :

  1. I/C, gambar, dokumen
  2. Mas kahwin
  3. Upah tok kadi
  4. Barang Kemas (Nikah)
  5. Sirih junjung & Hantaran

Hari Perkahwinan :

  1. Tido awal
  2. Breakfast 7am
  3. Dun nervous / cool / keep smile

3 Hari Lepas Parkahwinan :

  1. Melawat sanak saudara
http://sweetalk2u.blogspot.com. Powered by Blogger.

Pages

Sweet Songs